Skip to main content

Kes tikam di penampang







Pemuda Tempatan Parah Selepas Ditikam dan Dibelasah

PENAMPANG: Seorang pemuda tempatan parah akibat ditikam dan dibelasah sekumpulan lapan lelaki dipercayai warga asing dalam pergaduhan di sebuah pusat komersial di sini, malam semalam.

Aaron Venon, 19, dari Kampung Dabak, di sini, parah di bahagian kiri perut akibat ditikam dengan pisau dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.


Dalam kejadian jam 10.46 malam itu, mangsa bersama empat rakannya dikatakan baru selesai makan di sebuah restoran, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang menyerang dan mengejar mangsa.

Satu rakaman video berdurasi kira-kira satu minit dipercayai memaparkan kejadian itu tersebar luas di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, dalam kenyataannya di sini, berkata berdasarkan laporan rakan mangsa, suspek dipercayai memerhatikan mereka ketika makan di restoran berkenaan.

“Sebaik selesai makan, mangsa ke kedai runcit di seberang jalan manakala rakan lain berada di restoran berkenaan.

“Tiba-tiba mangsa didatangi sekumpulan lapan lelaki tidak dikenali lalu menyerang menggunakan senjata tajam seperti pisau, parang dan gergaji,” katanya, di sini, hari ini

Comments

Popular posts from this blog

Aunty Patrin Ep.2 "Punctuality"

Mesti kamu selalu dapat reply 'on the way bro'... 'Tengah parking bro'.... Everytime kamu tanya soalan, 'mana sudah geng?'. Kan? Jangan kamurang gitu ba.
     Try the Xmodgames, it was awesome.

FAMOUS ACTORS LOOK A LIKE

MORGAN FREEMAN ALAN GARNER ALBERT EINSTIEN BOB MARLEY BRUSE WILLIS CARLOS SANTANA CRIS MARTIN (COLD PLAY) DORA EDDIE MURPHY JACK NICHOLSON   LOKI MARADONA ROD STEWART SLASH STAN LEE STING VIN DIESEL WOLVERINE -  HUGH JACKMAN WOODY ALEN