TINDAKAN lebih drastik akan dikenakan sekiranya pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia masih gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain.
TINDAKAN lebih drastik akan dikenakan sekiranya pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia masih gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain. Amaran keras itu daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan badan induk bola sepak negara itu telah pun menjelaskan bayaran hutang persatuan serta insentif berjumlah RM27 juta, walaupun sedang berdepan masalah kewangan. "Saya percaya terdapat beberapa pemain pasukan yang masih menanti tunggakan gaji mereka dan saya berharap pihak yang berkenaan melangsaikan hutang itu dengan segera atau dikenakan tindakan seterusnya. "Saya tidak mahu mendengar alasan pasukan tidak membayar gaji pemain kerana FAM masih berhutang dengan mereka. Oleh yang demikian, sekiranya selepas ini masih terdapat pasukan yang gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain, tindakan lebih drastik akan dikenakan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut baginda, FAM telah melangsaikan baki ba...
Comments
Post a Comment